Sunday, March 27, 2011

Bom tangan - Abg Bruno Marikh (MELAYU)

Jom karaoke bersama - sama !

senang dtg senang pergi.

macam tu kau hidup Ohh

ambik ambik ambik ambik X pernah bagi.

Patut tahu kau masalah dari ciuman pertama

mate kau tbukak besar. nape Terbukak?


Bagi semua yang aku ada

kau campak dalam tong sampah. ye kau buattt

bagi cinta kau itu yg ku mintak

tapi yg kau x faham…


aku tangkap bom utk kau.. yeahh yeaa

tahan pedang utk engkau yeahhh yeaa

lompat depan tren utk engkau yeahh yea

buat semuanye utk engkau..


ku harung kesakitan niii

sanggup kene tembak kat kepalee~~

ya aku sanggup mati utk kau

tapi kau tak buat..

tak tak tak tak~


Hitam2 hitam biru pukul aku sampai mati

bagi tau setan bila kau sampai ke tempat asalmu

pompuan gile pompuan jahat itulah engkau yeah

kau senyum dan kau dajjal aku


Bagi semua yang aku ada

kau campak dalam tong sampah. ye kau buattt

bagi cinta kau itu yg ku mintak


tapi yg kau x faham…


aku tangkap bom utk kau.. yeahh yeaa

tahan pedang utk engkau yeahhh yeaa

lompat depan tren utk engkau yeahh yea

buat semuanye utk engkau..

badan aku terbakar..

kau lihat diriku dimakan api.

kau ckp kau cinta aku tapi kau tipu

sebab kau x pernah buat,

tapi aku tangkap bom utk kau.. yeahh yeaa

tahan pedang utk engkau yeahhh yeaa

lompat depan tren utk engkau yeahh yea

buat semuanye utk engkau

ku harung kesakitan niii

sanggup kene tembak kat kepalee~~

ya aku sanggup mati utk kau

tapi kau tak buat.

tapi kau tak buat..

tapi kau tak buat…

takkan pernah buat..

tak tak tak tak…


*bunyi kene langgar tren*



Tuesday, March 22, 2011

Final drawing dan Final exam !



Hampir2 terlemas aku untuk mencapai tahap creativity yg tertinggi. memikir cara untuk menyiapkan segala drawing2 yg diberi. ia merupakan final project bg aku untuk semester ini. jadi final project ni menggunakan creativity aku sepenuhnya untuk membuat satu design tentang rumah. boleh je nak copy paste rumah2 contoh yg banyak dalam internet, tapi dgn keluasan lot tanah yg lain membuat kan aku susah untuk meniru design yg ada dalam internet. makanya aku membuat semua berdasarkan creativity aku sendiri. haha aku yg sememangnya dilahirkan tak kreatif telah menyiapkan semua drawing tuh dgn serabut. sangat serabut drawing2 tuh. tapi apa aku kesah, aku tetap hantar juga drawing itu. Sangat simple rumah nya, ade bumbung,pintu dan tingkap. itu sahaja. tapi bg aku itu sudah kreatif. hee idealogi yg datang sendiri memg selalu rasa puas hati. Bangga2 ! So aku tak malu nak tunjukkan designnya kat sini :)


View dari atas Dgn Scale 1 : 200 :)

Lot tanah yg dibagi seluas 400 m square. agak besar,boleh buat rumah banglo di atasnya. Tanah yg dibagi menghadap laut cina selatan, dgn ketinggian 250 dari paras laut. makna nya rumah ni di atas bukit. indah bukan ! memg lot tanah yg aku impikan :) tapi untuk lot ni aku dah design satu Double storey semi-detached house atau Semi-D. Bukan banglo, sbb design satu banglo yg besar lebih kreatif.


Sama juga view dari atas Tapi dgn Scale 1 : 100 :)
Bahagian bumbung rumah sahaja.


Detail of drawing :) scale 1 : 100

Ini semua adalah detail2 atau ciri2 yg terdapat dalam rumah ni. bilik,tandas,dapur semua dinyatakan kat mana letaknya. semuanya ada specific ukuran. bukan dibuat saja2 okay :) di ukur mengikut keselesaan yg akan kita rasa apabila berada dalam rumah ni. sebelah kiri gambar merupakan ground floor, sebelah kanan pula first floor. Ciri2 rumah ni ade 5 bilik semuanya, cukup luas untuk keluarga besar mcm aku hehe. keselesaan nya di garenti okay. 5 bilik tapi masih luas lagi. Tandas pula ada 4 termasuk master bathroom.



Bahagian depan dan belakang rumah :) scale 1 : 100

Simple bukan ? hehe yes memg simple jawapannya. Dalam mase yg dibagi memg ni jelah yg aku mampu buat. betul aku kata cuma ade bumbung,tingkap dan pintu sahaja. haha. boleh saja kalau nak di tambah gazeboo ke pool ke atau kolam ikan dekat tepi2 tuh. tapi memerlukan kerja lebih rumit. dan lecturer pulak tak tgok semua tuh. so membazir kalau letak :) tapi dalam design rumah sebenar aku nanti. confirm ade hehehe. Rumah ni nmpk seperti rumah terrace sikit kn? walaupun ia adalah rumah semi D. tape janji project siap dan hantar \m/


ini pon specific detail juga :) seperti lampu.pintu dan tingkap dia dgn scale 1 : 1.5 dan 1 : 10


Happy ouh bila final project drawing dah siap. Sbb boleh pulak fokus pada study untuk final exam minggu ni. sangat mencabar saat2 akhir ni. banyak kerja kena siapkan hee. hampeh lecturer, lain kali nak bg kerja awal2 laa. jgn lambat2 bagai dah dihujung tanduk. sbb menganggu tumpuan nak study final. Nak2 org yg suka mencari masalah dan suka buat masalah mcm aku contohnya. so memg agak susah nak study dan paham semuanya dalam mase yg mencabar. sekali lagi aku terpaksa menggunakan creativity aku untuk kemas kan jadual study dalam seminggu ! haha menarik bukan .

jadi secara konklusinya, buat lah ape jua kerja kita dgn sabar dan tenang. andaikan kita hanya membuat satu kerja mudah sahaja. kerja yg dilakukan dgn tenang dan sabar akan menjadi baik dalam kesudahan nya. okay ! mudah bukan . so pandai2 bawak diri :)

selamat jalan romeo dan sayonara.
daa

Saturday, March 19, 2011

Birthday ke - 20 kalinya.


Alhamdulilah.
Aku kini dah berumur 20 tahun. Bukan angka yg sedikit, tapi dah boleh dikata umur yg matang dan patot berfikiran warak. Hehe insya Allah, aku akan menjadi matang. Just aku tak biasa untuk matang, happy dgn cara hidup sekarang. Nak jadikan cerita sikit, birthday aku kali ni sama mcm yg lepas2, tiada party ape2 hee. Cuma dapat sejuta wish daripada kamu2 semua. thank you very few aku ucapkan ! :D my thanks. Ape rase bila birthday kita ade org sambutkan eh? ade party? ade mkn kek? ade tepung2? hehe aku teringin gak nak rase. best kan !
And birthday kali ni, birthday yg terlalu rapat dgn exam. so my biggest wish mase hari jadi tuh cuma nak buat yg terbaik mase exam.

Ape2 pon sekarang saya dah 20 tahun, terima kasih mom sebab lahirkan saya. LOVE My MOM !

sayonara bebeh :)

Wednesday, March 16, 2011

padayappa !


Wednesday , march 16 , 425 pm.



kadang2 bila rase nak tulis kat blog baru lah aku menulis.kalau tak memg malas.

idea ade tapi malas nak menulis.

cerita ade tapi malas nak menulis.

suka stalk blog org tapi malas update blog sendiri.

padayappa !


btw, dah lama tak tulis dalam blog ni. hari ni ade mood untuk menulis jadi aku pon menulis.
selama ni hanya busy dgn study, ass, project and wateve yg lebih2 kurg dgn nya.
sekarang pon busy juga tapi ketepikan dulu sbb,dah penat. dan untuk menulis sekali dalam sebulan ni. final aku yg juz sipi2 je nak terkena ni dalam bape hari lah membuatkan aku busy. mintak2 lah apa aku study seadanya ni berkat semuanya. aminn.. takut dgn carry mark sendiri yg hanya makan2 mcm alas perut je. tak kenyang terus. so terpaksa cari makan kat final baru dapat kenyang sepenuhnya =.="

padayappa !

sekarang ni aku desperate kawan2 untuk happy. aku desperate family. aku desperate money for enjoy. aku desperate nak kereta =.=" hehe. ade kawan tapi dah jauh. ade kawan yg rapat dahulu tapi skrg lebih rapat dgn kawan baru. ade kawan sekepala tapi sekarang dah ta jumpa. juz anak2 buah je yg dapat aku luah kan happy dan geram. haha. Danish,daniel,nadhirah. sorry2 okey.

padayappa !

bila dah stress memanjang, tibe2 tak perasan bila rambut aku pon dah panjang. wah kali ni rasenya panjang betul. bukan buat2 panjang. abah pon dah tegur ! nahas kalau aku balik lagi lepas ni dgn rambut panjang. hehe. tapi agak style rambut panjang rupanya. sebelum ni rambut mcm panjang berus gigi je. berus nya ya bukan dgn batangnya sekali. Dgn style2 messy yg aku buat kat rambut, looks like a different side of me. ekeke.and ade org kata dia suka bila aku rambut panjang.so ok lah ^^. lain dah aku sejak berpindah dari kmpg. pakaian, rambut, sifat, semua nya juga lain. dah agak kebandaran. and i miss to be a kampung boy again. yg baik, jimat, simple, dan tak kesah pasal org persekitaran. kat sini jelous tgok org ade baju mahal, kasut mahal, dan aku pon akan terikut nak beli. bahaya gila.

padayappa !

aku adalah seorang yg single. jadi duit elaun aku memg aku makan sorg. hehe. ade juga belanja2 kawan. makan and watsoever. tak luak bila boleh gembirakan hati org. yg penting bahagia. tak rugi sbb kita buat baik pada org , satu hari akan datang balik pada kita. insya allah.

Thumbs UP !

natijahnya, kita sebagai manusia memg akan lalui semua ni. aku juga dah lalui. lepas ni adik2 kita pula. juz mental kita kena kawal okey. jgn terjerumus dalam perangkap syaitan lakhanat durjana. aku sebagai manusia, desperate untuk mencari ketenangan diri dalam islam :)

akan terus mencari, jom cerita muhasabah diri sendiri.

Padayappa !! tadaa