Sunday, October 30, 2011

nak kena lempang ni.

Bismillahirahmanirrahim. syukur alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur aku.

tolong sedarkan lah diri ku, aku duduk di tepi kolam rumah ku melihat ikan berenang sempurna riang nya. air kolam yang biru memberi rasa yang damai nya hatiku. senyum ku terbias di atas permukaan air itu. jari kaki ku terendam didalam kolam, menghayun hayun air kolam itu. ikan berenang sekitar kaki ku. dua jam lamanya aku duduk di situ. sedarkan lah aku.

tolong sedarkan aku, aku duduk di depan desktop rumah ku. jam sekarang baru sahaja pukul 1230 tengah malam. aku mula memasang lagu lagu di you tube. lagu pertama yang aku dengar *the strokes - you live only once*. kemudia di ikuti berpuluh puluh lagu lain yang aku dengar. jam berputar ke pukul 4 pagi. kenapa tak sedarkan aku?

aku baring di ruang tamu rumah ku. tersenyum sahaja aku melihat televisyen yang menayangkan cerita kegemaranku *how i met your mother* . di sambung pula dengan cerita masterchef, dan beribu ribu lagi rancangan yang seronok. tak cukup dengan satu stesyen. stesyen lain pula aku ubah kalau cerita lagi seronok untuk ditengok. sedarkan lah aku, tolong ya..

semangat aku melangkah di dalam shopping complex KLCC. berjalan bersama kawan ku. aku sampai disitu lebih kurang pukul 3 petang. ghairah melihat barang barang yang berjenama. lagi ghairah melihat perempuan perempuan yang berada di situ. makanan juga apa kurang nya. tak cukup kalau di bagi cuma 3 jam untuk berada di KLCC.

sekarang ni pukul 6 pagi, aku solat subuh kemudian baru masuk tidur. selepas dah satu malam aku habiskan dengan tv, internet dan sebagainya. aku mula baring di katilku. memeluk satu bantal. ahh sedapnya ! pejam kan mata ku. aku tidur dengan lena. aku tersedar sedar jam sudah menunjuk kan pukul 1230 tengah hari. aku bangun seperti biasa dan buat kerja seperti hari hari biasa. aku belum lagi sedar.

hidup aku sentiasa berputar begitu. hari hari pon begitu. sedarkan lah aku !

Sunday, August 21, 2011


Warning , this post is "merepek" dan jangan komen apa-apa.

Post ni biar aku merepek ok. serius lah aku memang tengah stress tahap mabuk. Please bg aku mabuk. Please laa. mcm bangang bila aku stress. Aku dah start amik seribu bantal dan aku susun2. aku lari then rempuh bantal2 tuh. aku terbaring then biar bantal tuh semua hempap aku. aku amik bantal then aku timbus diri aku dengan bantal. mcm Fish stress aaa !!!!!! aku dah mula amik selipar then susun2. aku amik bola aku sepak kuat2 tuju kat selipar tuh. bila selipar dah putus aku puas hati. Fine, aku masih tak rasa tenang. aku masuk dalam bilik air aku mandi ! duduk bawah pen"shower" lama2. then jerit2. aku nyanyi sepuluh lagu then keluar. bangang ! aku masih tak tenang. aku baring aku tido. 5 jam straight sampai kepala pening. ok satu je cara lagi, aku naik motor, aku bawak laju2. sampai tempat tade org aku berhenti. aku duduk dan bertafakur. aku tengok langit, aku ingat salah2 aku. then aku menangis ! aku nangis, aku nangis. biar aku nangis, tade sapa nampak. aku sorang. aku pandang langit memang lama. terngiang2 mak abah. aku nangis makin lebat. air mata laki memang macho. tapi nasib baik jatuh sbb mak abah. aku tak kesah.