Sunday, April 24, 2011

Dramatik Daniel



* 445 petang , hari khamis.

Aku sedang menikmati secawan nescafe gold di ruang makan rumah, tatkala melihat rancangan cartoon yg sememangnya di tonton oleh daniel dan nadhirah. Lebih baik menikmati nescafe bukan daripada cartoon itu ? tak ! aku lebih suka kalau korang kata " tengok aje cartoon tuh" . tiada masalah sebenarnya kerana aku juga penggemar cartoon. Phineas and Ferb, sengal dan berakal, ya ! itu yg buat aku suka tengok cartoon. Phineas and Ferb yang sengal selalu membuat kakak mereka sakit jiwa. Genius mereka pula buat aku teruja serius ! -asal aku tak genius macam dalam cerita cartoon ni-. Kemudian, Mami-sue tiba2 sahaja menapak dari belakang aku, serasa nya mami-sue dari dapur menuju terus ke Daniel yang sedang berbaring bermain kayu.

*apa aja yang abg buat dgn kayu tu bang, dah simpan kayu tu, abg pg mandi* wah kata2 Mami-sue sedikit lantang.
Aku yang sebelum itu melihat Daniel juga berbaring dan bermain kayu, cucuk2 ke atas ! ape yang budak ni buat dengan kayu tuh getus hati ku. Wajah Daniel pada mase tuh sedikit lesu, bangun tidur mungkin ! mamai je muka seposen Daniel itu.

*abg cucuk syaitan lah mami, syaitan kan jahat* mendatar sahaja kata2 Daniel dengan muka yang malas menjawab kata2 Mami-sue tadi.
Lantas, hahahaha memecah keheningan petang yang panas pada hari itu. Terbahak aku gelak apabila dengar Daniel jawab begitu. Dari mana idea yang budak botox ni dapat nak jawab soalan mami tadi. Ikut suka hati sahaja haha. Tak perasan mami-sue juga ikut gelak. Muka yang marah mami-sue tadi bertukar lembut dengar jawapan Daniel.

*Dah abg tak payah cucuk syaitan tuh, syaitan dah confirm masuk neraka* mami-sue menjawab semula kata2 Daniel tadi dengan suara yang agak control lantang sedikit. tapi masih nampak senyuman pada raut wajah mami-sue.

*Abg pg mandi sekarang* kata lagi mami-sue.
Daniel terus bangun kemudian membuat muka langsung tiada perasaan walaupun aku masih lagi tergelak dengan jawapan dia tadi. Dia menuju ke bilik air dan mandi. Tapi masih sempat lagi membawa kayu nya dan mencucuk - cucuk ke kanan kiri semasa berjalan ke bilik air. Haha, aku gelak sahaja melihat gelagat dia. Seraya itu, cartoon phineas and ferb menjadi panahan mata ku. Aku senyum melihat cartoon tu, kemudian berfikir didalam hati.
*Genius yang ade dalam cartoon ni sebenarnya ada pada Daniel the manish. Genius Daniel sebenarnya* kata hatiku yang bangga :D
Air nescafe ku teguk sehingga habis, menghilangkan dahaga petang yang panas.


........................................................................................................................................................................

Ni dia Danial :)

Walau genius, Danial masih tertidur bila tengah makan donut coklat :)

No comments:

Post a Comment