Saturday, May 7, 2011

Semalam bersama Mereka.



*1100 malam , 6 may 2011 , jumaat.

Sentiasa sahaja aku memerhatikan jam di dinding ruang tamu rumah faizal, paling tidak pon aku akan menekan butang tepi sebelah kanan handphone ku, ya ! sebab nak tahu pukul berapa. lapar yang terus melebar ke kawasan-kawasan sensitif perut ku, aku tahan dengan muka yang seposen.
*wah korang berbual gila, aku dah nak mati kelaparan korang boleh lagi tunggu2 kan. aku tak bersuara tapi hanya katakan di dalam hati. celaka lah aku dah gastrik ni, bila nak pegi makan* tambah keluhan hati.
namun kesabaran aku masih di tahap yang baik, tak menunjuk kan aku tengah kena gastrik pon depan kawan2 ku. tak sampai hati rasenya, bila terpampang wajah kerisauan mereka. tak apa aku gastrik sorang2 aku je yang rasa :)

*eh nak makan ape ni ? maggi ke nak ngeteh?* soalan yang ke - 20 kali dari faizal atau nama manjanya pejal, bertanya kepada aku,zik dan tom ! aku kira tau soalan yang dia tanya tuh kali ke 20.
*maggi je la, buat banyak2, haha* kata tom.

aku tak berkata apa2 terus mendiamkan diri sambil mata ke atas dan tepat ke jam. sakai ke apa diorang ni, makan apa2 pon boleh la janji makan. aku dah lapar gila ni. tatkala itu, tiba2 keputusan dibuat.

*ok, kita pergi ngeteh yok, parit tengah* pejal bersuara confident kali ni.

cantik, aku senyum dan terus muka happy. terbayang2 makanan depan muka aku. gastrik ku semakin membisa di dalam perut. serius tak tahan sebenarnya.

10 minit berlalu.
*weh kedai mana ni dok* pejal bertanya.

*lenjan jelah mana2* aku menjawab. mana tidak nya, aku dah kematu tahap super duper gila ni kot, jawab je lah dengan laju.

*Yes, kedai ni. Ok kedai ni lah kita pg, ramai orang pastu ada layar. Style sikit an !* pejal berkata lagi.

semua mengikut sahaja, malas nak pilih2 lagi kedai mana nak di pergi. Kitorang duduk meja di bawah pokok, port baik maybe untuk kitorang. Bukan apanya jauh da
ri orang. Jadi tak menganggu pelanggan lain bila kitorang gelak besar nanti. itulah kitorang bila berjumpa. Bab2 ketawa selalu penuh dalam perbincangan.

Datang sorang kakak ambil 'order' . *minum apa?* bertanya.

sorang2 bagi menu yang dipilih hingga sampai pula 'turn' aku.

*ok kak, selalu orang order air apa kat sini?* suara yang agak bersungguh menanya. Muka agak 'confident'. Terpampang secalit senyuman manis akak 'order' tuh. Zik,tom,pejal dah tergelak dengan kata2 aku.

*Macam2 dik, air wuduk je belum orang order* akak tu jawab pon b
ergurau.

*Nice, aku suka orang mcm ni, hehe tak menggelabah* dalam hati ku. aku senyum dan berkata * kalau macam tuh bagi satu air kopi kak, sedap2 * hehe tergelak sikit.

*Kopi apa? kopi jantan ke?* sahut akak tu sambil muka buat2 malu.

wah, akak ni boleh tahan pula hehe * ok kopi jantan, tapi nak betina yang buat tau* kata aku lagi.
muka sikit menggoda.

Haha terbelah malam sunyi dengan ketawa2 kami. Bukan niat nak mengga
tal tapi cuma nak menceriakan suasana. Akak tuh pula sebenarnya sopan, dan tidak lah menunjukkan kegedikkan di depan kami.

*Ok makan pula? * tiba2 akak tuh berpaling semula apabila dia sudah melangkah sedikit untuk ke dapur.

*Bagi saya nasi goreng kampung yang lazat kak !* sahut ku, *tak lazat tak nak makan* gelak lagi. *wah melebih par kau* tom mencelah. Ketawa semakin galak.

*Kak saya single ya* tiba2 aku menambah. Gelak semakin gila kitora
ng malam tuh.

Ok cukup dalam hatiku. Jangan lebih2 lagi. Nanti akak ni ingat lain pula. Jadi, setelah nasi goreng kampung tiga semua nya,dan air2 di pesan. akak tersebut memulakan operasi untuk menyediakan makanan kami. sementara itu perut aku sudah tak tahan lagi. sememangnya aku dah tertahan2 perut ni dari rumah lagi. harap2 sahaja makanan yang kami pesan akan sampai dengan cepat. Tup, tak sampai 15 minit semua yang kami pesan siap semuanya. Terbaik, tak lama dan tak cepat sangat. Dengan tak ber"bismillah" nya, aku terus merasa makanan itu, dah rase baru sahaja aku berdoa. sedap nasi goreng nya, aku makan tanpa hirau orang lain. terus sahaja makan, sampai2 sesuap sahaja lagi. Ok, aku relax dan tengok ka
wan aku, eh banyak lagi pula nasi diorang. Lambat pula diorang makan, tapi mestilah aku yang cepat makan kan! tak kisah aku terus suap sesudu akhir tuh. kenyang rasa makan laju2. tapi tak di nafikan perut ku sudah masuk angin. ah celaka ! sakit lama lah macam ni perut aku. mengeluh aku. Kemudian aku meminum kopi jantan yang juga dipesan sebelum itu. Hasilnya, kesegaran aku bertambah. Bertenaga untuk berbual2 lagi dengan kawan2 ku. Disebabkan kami berjumpa hanya lah bila kami bercuti lama. jadi malam2 begini memang tak kan dilepaskan oleh kami. satu jam sahaja tak cukup untuk kami bercerita, walaupun sebenarnya sehari pon masih tidak cukup untuk kami. kami berbual disitu lama. hingga ke tengah malam.

sehinggalah * eh jom lah balik* kata zik.

Kitorang ikut sahaja, kerana zik yang membawa kereta. jadi keputusan balik tuh memang dia yang putuskan. Segala makan dan minuman yang dipesan telah dibelanja oleh pejal. mana tidak nya dia baru sahaja mendapat imbuhan daripada kerja kerasnya selama ini. Aku ok sahaja apabila di belanja. tetapi perut ku yang mengatakan tidak ok. sakit masih terasa.

Perjalanan pulang penuh dengan keceriaan. Namun aku hanya memikirkan *aku cuti sampai ahad ni je, sedih pula nak balik* dalam keceriaan tuh terselit sedih aku. apabila aku akan memulakan sem baru. Aku bersenyum dan berkata dalam hati, tak mengapa hari lain masih ada untuk kami. mungkin boleh lepak lagi dan aku dapat merasa lagi macam mane gastrik untuk jangka masa yang lama nanti.





.........................................................................................................................................................................


No comments:

Post a Comment