Tuesday, March 22, 2011

Final drawing dan Final exam !



Hampir2 terlemas aku untuk mencapai tahap creativity yg tertinggi. memikir cara untuk menyiapkan segala drawing2 yg diberi. ia merupakan final project bg aku untuk semester ini. jadi final project ni menggunakan creativity aku sepenuhnya untuk membuat satu design tentang rumah. boleh je nak copy paste rumah2 contoh yg banyak dalam internet, tapi dgn keluasan lot tanah yg lain membuat kan aku susah untuk meniru design yg ada dalam internet. makanya aku membuat semua berdasarkan creativity aku sendiri. haha aku yg sememangnya dilahirkan tak kreatif telah menyiapkan semua drawing tuh dgn serabut. sangat serabut drawing2 tuh. tapi apa aku kesah, aku tetap hantar juga drawing itu. Sangat simple rumah nya, ade bumbung,pintu dan tingkap. itu sahaja. tapi bg aku itu sudah kreatif. hee idealogi yg datang sendiri memg selalu rasa puas hati. Bangga2 ! So aku tak malu nak tunjukkan designnya kat sini :)


View dari atas Dgn Scale 1 : 200 :)

Lot tanah yg dibagi seluas 400 m square. agak besar,boleh buat rumah banglo di atasnya. Tanah yg dibagi menghadap laut cina selatan, dgn ketinggian 250 dari paras laut. makna nya rumah ni di atas bukit. indah bukan ! memg lot tanah yg aku impikan :) tapi untuk lot ni aku dah design satu Double storey semi-detached house atau Semi-D. Bukan banglo, sbb design satu banglo yg besar lebih kreatif.


Sama juga view dari atas Tapi dgn Scale 1 : 100 :)
Bahagian bumbung rumah sahaja.


Detail of drawing :) scale 1 : 100

Ini semua adalah detail2 atau ciri2 yg terdapat dalam rumah ni. bilik,tandas,dapur semua dinyatakan kat mana letaknya. semuanya ada specific ukuran. bukan dibuat saja2 okay :) di ukur mengikut keselesaan yg akan kita rasa apabila berada dalam rumah ni. sebelah kiri gambar merupakan ground floor, sebelah kanan pula first floor. Ciri2 rumah ni ade 5 bilik semuanya, cukup luas untuk keluarga besar mcm aku hehe. keselesaan nya di garenti okay. 5 bilik tapi masih luas lagi. Tandas pula ada 4 termasuk master bathroom.



Bahagian depan dan belakang rumah :) scale 1 : 100

Simple bukan ? hehe yes memg simple jawapannya. Dalam mase yg dibagi memg ni jelah yg aku mampu buat. betul aku kata cuma ade bumbung,tingkap dan pintu sahaja. haha. boleh saja kalau nak di tambah gazeboo ke pool ke atau kolam ikan dekat tepi2 tuh. tapi memerlukan kerja lebih rumit. dan lecturer pulak tak tgok semua tuh. so membazir kalau letak :) tapi dalam design rumah sebenar aku nanti. confirm ade hehehe. Rumah ni nmpk seperti rumah terrace sikit kn? walaupun ia adalah rumah semi D. tape janji project siap dan hantar \m/


ini pon specific detail juga :) seperti lampu.pintu dan tingkap dia dgn scale 1 : 1.5 dan 1 : 10


Happy ouh bila final project drawing dah siap. Sbb boleh pulak fokus pada study untuk final exam minggu ni. sangat mencabar saat2 akhir ni. banyak kerja kena siapkan hee. hampeh lecturer, lain kali nak bg kerja awal2 laa. jgn lambat2 bagai dah dihujung tanduk. sbb menganggu tumpuan nak study final. Nak2 org yg suka mencari masalah dan suka buat masalah mcm aku contohnya. so memg agak susah nak study dan paham semuanya dalam mase yg mencabar. sekali lagi aku terpaksa menggunakan creativity aku untuk kemas kan jadual study dalam seminggu ! haha menarik bukan .

jadi secara konklusinya, buat lah ape jua kerja kita dgn sabar dan tenang. andaikan kita hanya membuat satu kerja mudah sahaja. kerja yg dilakukan dgn tenang dan sabar akan menjadi baik dalam kesudahan nya. okay ! mudah bukan . so pandai2 bawak diri :)

selamat jalan romeo dan sayonara.
daa

No comments:

Post a Comment