Thursday, May 19, 2011

7 April 2011

Aku menegakkan stering kereta ku, menarik handbreak kemudian mematikan enjin kereta. Aku mencapai bungkusan plastik yang terletak di bahagian bawah kerusi sebelah pemandu. Aku menarik bungkusan itu, mengenggam erat risau2 kalau akan terjatuh nanti. Aku membawa dengan hati hati,keluar dari kereta. Terasa lembutnya butir2 pasir apabila aku menjejak kan kaki ke tanah. Damai ku rasa, nyaman dengan angin2 yang bertiup sederhana kuatnya. Aku berjalan mengeser pasir. Sejenak selepas lebih kurang 20 langkah kecil yang aku ambil, aku berhenti dan duduk. Aku melapikkan selipar agar pasir tak menembusi seluar yang ku pakai. Meletakkan bungkusan plastik disisi sebelah kiri ku, kemudian mumbuka ikatan nya. Seseorang duduk disebelah ku, aku mengalihkan sedikit bungkusan itu ke depan untuk membuka ruang kepadanya duduk disebelah ku. Aku senyum kepadanya, sekejap sahaja dan kemudian aku melihat ombak2 kecil yang menghempas pantai. Tangan nya mencapai bungkusan itu,kemudian menarik dan mendekatkan ke mulutnya.

*sedap kan far coconut shake ni* kata Nul bukan nama sebenar. *Far kau punya satu,aku punya dua tau. haha* kata nya lagi.

Aku cuma senyum tanpa melihat muka nya kerana aku asyik dengan ombak2 yang bermain di persisir pantai klebang pada petang itu. Ini merupakan kali kedua aku sampai ke pantai klebang tetapi untuk kali ini aku datang bersama seorang yang sangat istimewa dalam hidupku. Nul, kawan baik dan lebih dari seorang yang aku anggap adik.

*Nul rasa sikit macam mana sedapnya coconut shake tu* aku berkata kepada Nul. Aku meminta coconut shake yang sedang dipegangnya itu. Lantas nul memberi tanpa bantahan. Aku meneguk kemudian terasa sesuatu yang seronok untuk digambarkan. Ya memang sedap coconut shake ini. Tanpa ragu2 aku terus mengambil satu cawan daripada dua yang berada didalam plastik dan satu lagi ada di tangan nul. Aku meminumnya sepuas hati.
Agak lama aku menikmati coconut shake itu, hampir separuh aku meminumnya, sedangkan nul masih sayang2 akan coconut shake dia.

Ombak semakin rancak menghempas pantai. Sesekali tempias nya hampir2 untuk mengenai aku. Tanda2 air laut sedang pasang barangkali. Waktu jam juga menunjukkan sudah pukul 615, maka memang waktu air pasang sebenarnya. Sambil2 aku menikmati ketenangan yang melanda diriku apabila melihat laut terbentang luas dengan air laut yang menghempas pantai, Nul mengajak ku berbual. Ada sahaja buah idea nya untuk mengajak ku berbual. Diselangi gelak ketawa kami yang tiada selindungnya. Sambil itu juga aku meneguk beberapa kali coconut shake yang dibeli.

Sepetang itu orang semakin ramai yang datang ke pantai klebang, tetapi mereka tidak membawa coconut shake seperti kami. Mereka bersama family, ada yang bersama kekasih, ada yang bersama kawan2, dan juga hanya bersama anak mereka. Aku hanya memerhatikan tingkah laku mereka dengan mataku. Lantas sahaja tiba2 ada seorang budak kecil bermain di depan ku. Berlari dengan gelak ketawa nya. Jauh sikit dibelakang nya adalah ayah dan ibunya. Ayah nya mengejar anak nya dengan memanggil nama anaknya, dengan senyuman. Aku menyergah anak kecil itu, dengan berkata *haa haa ayah kejar, lari2 jangan sampai jatuh* sambil aku tersenyum lebar kepada anak kecil itu. Namun didalam hatiku mengatakan bahawa sangat bahagia mereka, dan alangkah beruntung aku kalau sebahagia itu bersama orang tersayang. Aku memalingkan muka ku ke Nul. Ternyata dia sedang melihat budak kecil itu berlari2 dengan senyum dan ketawanya. Tersebut juga perkataan comel nya budak kecik ni dari mulutnya. Aku hanya memerhatikan wajahnya dan tersenyum sendiri. Aku terasa bahagia bila Nul ada.

Sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan pukul 7 petang. Waktu yang lama itu hanya terasa singkat bagiku. Aku sememangnya mahukan waktu ini bergerak lebih lambat dari kebiasaan nya. Ada sedikit lagi sisa2 coconut shake yang tinggal dan aku meminumnya.
Bingkas aku bangun dan dituruti Nul,kami beriringan memasuki kereta. Sebelum membuka pintu kereta,sempat aku menikmati ketenangan pantai ini dengan menarik nafas panjang dan memerhati tajam ke keluasan laut itu. Waktu semakin bertambah, pandangan mata pula semakin terbatas kerana kegelapan malam mula menyelubungi. Aku memandu dengan berhati hati meninggalkan kawasan pantai klebang. Aku cuma berharap akan ada lagi peluang untuk aku datang kembali dan menikmati ketenangan pantai klebang nanti.

.....................................................................................

3 comments:

  1. OUH MCM BCE NOVEL.. NUL? AINUL KAH? HAHA..SWEET LA KOWG NEH :)

    ReplyDelete
  2. aah betol2..mcm novel plop kangg
    dating ni,,hahaha

    ReplyDelete
  3. Dian : Haha novel ? Okey thanks comment :) btw nul just bukan nama sebenar. dan tayah rungkai sapa nul tuh hee

    Qila : Dating pula ! bukan ahh jalan2 je ni :)

    ReplyDelete