Monday, August 15, 2011

Bergetar-getar handphone aku yang terletak di atas meja yang berada betul-betul di ruang tamu rumah. Aku yang baru sahaja separuh jalan ke dapur rumah ku terus terdiam dan cepat-cepat berpaling dan berlari untuk mencapai handphone ku. *you have 1 new massage* Klik butang handphone sebelah kanan dan terus membaca mesej - *Far aku dah nak sampai tangkak, baru naik bus dari segamat ni. Kau ambik aku ok kat tangkak* kemudian di akhiri dengan satu -smiley- di akhir mesej nya. Aku duduk seminit dan berfikir. Oh mcm mana ni, aku susah hati sebab dekat rumah ni ada abg2 aku. Aku nak keluar terasa bersalah sebab jarang sekali aku dapat jumpa abg2 aku. Aku mengguling-guling kan handphone ku di atas meja sambil mata melihat keluar rumah. Nampak tak hujan, dan cuaca baik. Aku menoleh ke kiri pula dan terlihat jam sudah pukul 445 petang. Itu bermakna lagi tinggal 45 minit sahaja lagi Assyikin ( bukan nama sebenar ) sampai ke tangkak. Aku memegang handphone ku menggunakan kedua-dua tangan. Kemudia jari-jari ku menekan butang handphone * Aku akan sampai tepat-tepat kau pon sampai kat tangkak nanti. Hati-hati ya naik bus* itu mesej yg aku balas kepada assyikin. Aku tak berlengah lagi, aku bersiap secepat yang mungkin. Hingga aku mandi hanya 2 minit dan siap berpakaian. Mencapai kunci motor ku dan dua helmet di kiri dan kanan tangan ku. Aku melangkah ke dapur bertemu mak * Mak, aku nak keluar kejap ya* terus sahaja aku berlari keluar. Ya, abg2 aku sememangnya ada di rumah, dan aku rasa berat hati nak keluar rumah tatkala abg2 ku pulang dari kota metropolitan untuk bertemu mak,abah dan adik2 nya. Tapi bagi aku, Assyikin mesti di selamatkan dahulu. Assyikin Best Friend Forever ku. Abg2 aku nanti juga boleh jumpa lagi. Aku terus memulas kabel minyak motor dan motor ku bergerak pantas. Anggaran untuk sampai ke tangkak dari rumah ku sebanarnya hampir satu jam. Tetapi aku tak mahu Asy tunggu ku terlalu lama di perhentian bus tangkak. Aku berusaha habis untuk sampai tepat pada masanya. Bayangkan hampir kesemua traffic light aku langgar untuk sampai seminima mungkin.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

* Far aku dah sampai, mana kau* aku membaca mesej yg dihantar oleh asy. Aku tersenyum membaca nya. Aku menoleh ke depan sambil memasuk kan handphone ku di poker belakang seluar. Ah aku juga sudah sampai di pekan tangkak. tinggal satu simpang je lagi yang jarak nya tak sampai 100 meter di hadapan untuk sampai di hentian tangkak. Hijau saja lampu trafik aku terus memulas kabel minyak motor dengan relaks. *grrr,grrrkk* handphone aku bergetar lagi. Asy calling. Aku menjawab sambil aku menunggang motor ku. *Far mana kau ni* suara sedikit risau oleh asy. *Haha aku baru nak gerak dari rumah ni asy. kau tunggu lagi setengah jam ya aku sampai* aku sahaja bergurau dgn asy nak lihat reaksi dia. * Far !! kau serius ke* sedikit kecewa kata2 asy. * Aku bergurau lagi, oh dah2 aku dah sampai pula dah ni. cuba kau pandang belakang kau* aku memberhentikan motor ku dibelakang asy, di sebalik pandangan nya. Aku membuka helmet dan asy berpaling. Asy senyum dan terus berlari-lari anak menuju ke arah ku. Asy tidak lah besar mana. Asy seorang yang pendek sedikit dan bermuka keanak-anak kan. Melihat dia berlari-lari anak ke arah ku sambil tersenyum membuat kan aku tergelak. Setelah 20 langkah, asy berada dihadapan ku. Tetapi terus sahaja membuat muka dan berkata * Kau ni Far saja kan nak main2* Aku senyum je * Dah2 cepat naik, aku tinggal nanti* kata-kata ku pada asy sambil menghulurkan helmet. Asy mencapai helmet kemudian terus duduk dibelakang ku.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Menyelusup ke ceruk-ceruk pekan tangkak dan akhirnya kami keluar dari pekan menuju ke muar. Atau sebenarnya kami menuju ke rumah masing-masing di kampung. *Far kita singgah wetex kejap ok, nak jalan-jalan dulu lah* asy mengajak ku. *okay* aku menjawab. Motor aku bawa tidak lah laju sebab aku bawa anak dara orang, dan kalau apa-apa terjadi nanti aku yang dapat susah. sekitar 70-80 kmj sahaja. Selepas 30 minit perjalanan kami sampai di wetex. Ok aku parking motor ku di sebelah Restoran pizza hut, menyangkutkan helmet kemudian memangga motor ku di bahagian disc brake depan. Muar memang kawasan bahaya, di mana-mana pon boleh berlaku kecurian motor. Setelah memerhatikan kawasan sekeliling dan berasakan motorku selamat untuk parking disitu aku berjalan menuju ke pintu masuk wetex. Di iringi asy yg lambat jalan nya di sebelah ku. haha. Kami tahu masing-masing kepenatan, mana tidak nya asy mengharungi berapa jam perjalanan dari segamat untuk ke rumah nya. Aku pula menunggang motor hampir 2 jam berterusan sekurang kurang nya pon punggung aku sakit. Ahh tapi itu tak di hiraukan oleh kami. Kami berjumpa juga jarang-jarang sekali. Masuk sahaja ke dalam pusat membeli belah yang sememangnya menjadi kebanggaan warga muar Wetex, aku terkejut dengan sekelilingnya. Wah Wetex telah banyak perubahan nya, banyak kedai sudah berubah dan banyak yang dah berjenama. Aku yang hampir setengah tahun tak ke situ senyum sahaja.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

*bersambung jelahhhh. penat type..................................

No comments:

Post a Comment