Thursday, August 18, 2011

Gua nak belasah adik gua !

Saman polis bukan atas nama gua. Ni yg gua bengang ni. Gua nak cerita yg gua kena blacklist dgn PDRM atau polis diraja Malaysia. semua ni gara-gara ada saman yang tertanggung atas nama gua dekat motor lama gua JJJ4042. Eh apa pula nama saman kat gua ni, padahal Gua dah 3 tahun tak guna motor tuh bhai. Polis ni memang nak kena makan dengan aku.

Ok sebenarnya saman ni adik gua yg kena, memandangkan adik gua baru 15 tahun. dia mana boleh amik lesen motor lagi kan. so dia bawak lah motor secara haram. yg mendatangkan masalah dia bawak sampai kena saman apesal. mat rempit mat rempit gua dulu pon naik motor. gua tak kena saman lah. setakat road block or polis traffic, eheh gua main lambai je. nak tak nak polis yg kejar gua makan asap kat belakang. gua cilok-cilok mana gua suka. adik gua ni gangster setakat luaran je, dalam lemah betul. boleh pula dia kasi nama gua yg kena saman.

Dia kena saman kenapa gua kena? ok motor tuh di daftarkan atas nama gua. masa abah belikan dulu, abah percaya kat gua sbb tuh dia letak nama gua. tapi sampai kat adik gua yg memang dah dia sorang je adik gua. dia ni memang tak pandai betul lah. gua marah ni. marah ni dia bg gua saman. gua bg dia motor gua, dia bg gua saman. adil ke tak adil? kalau gua dah tak adil dah.

So nak tak nak gua terpaksa settle saman dia dulu. sbb gua nak renew road tax motor gua lagi satu. kalau tak gua kena saman nanti, time-time raya lah polis nak bg saman terbang kan. so hati-hati lah. gua ingatkan lu sbb gua bekas mat rempit so gua tahu memang polis akan tunggu saat-saat macam ni.

Lepas ni gua nak check pula kat balai polis traffic berapa jumlah saman terkumpul yg dah adik gua collect sepanjang dia guna motor gua. sbb kena blacklist gua rasa saman ni mesti dah berjuta. habis dua baju raya gua. gua nak beli seluar dalam raya pon tak dapat mcm ni. nasib gua lah beraya dengan kain pelekat tahun ni.

Apa-apa pon selamat hari raya gua ucapkan kat lu semua. gua marah ni gua kena saman. selamat jalan romeo !


No comments:

Post a Comment