Tuesday, August 16, 2011

Stalker :)

Aku duduk di cafe, betul2 bertentangan dengan tangga yg menghala ke COE. menyedut air cincau menggunakan straw sambil memerhatikan tangga itu. 10 minit berlalu dan aku masih memerhatikan tangga itu. air cincau semakin sikit. aku cuba mengerutkan dahi namun aku bersabar. kelibat2 manusia yg menaiki dan turun tangga itu membuatkan aku tercari2 mana kamu. angin bertiup sesedap rasa nya. nyaman dan sejuk. namun sinar matahari masih memancar,panas,ya panas bagi yg mereka berjalan untuk ke cafe ini. akhirnya aku sedar kelibat kau yg sedang menuju ke sini. menaiki tangga itu. aku perhatikan kan mu. kau bukan lah dalam kalangan pelajar yg ramai org puja. kau hanya biasa2. namun aku nampak istimewa dirimu. aku lirik kan mataku mencuri pandangan kepadamu. nampak tudung yg kau pakai terkibas2 ditiup angin. dan kau cuba sebaik mungkin untuk mengahalangnya terus berkibas. wajah kau senyum sahaja. ya baju yg kau pakai hari ni berwarna biru, aku suka warna itu. sangat cantik dgn dirimu. sedang kau menaiki tangga itu kau bersama kawanmu. kau pandang kawan mu, aku terlihatkan sisi wajahmu. dan kau tersenyum. aku juga senyum melihat ceria nya muka mu. ya, tahi lalat yg berada di bawah mata kirimu cukup membuat aku senyum dan melentok kan kepala. bagi ku kau sempurna :) terik matahari membuatkan matamu sedikit mengecil. tak aku nafikan di bawah terik matahari, kulit kau sangat putih. 5 langkah selepas itu kau sampai di cafe. kau senyum dan mencari tempat duduk. aku senyum dan menarik beg yg aku letak di meja sebelah ku. melilau mata kau mencari meja. kau ternampak aku, aku senyum padamu kau hampiri ku dan senyum juga kepada aku. kau meletak kan beg di meja sebelah ku. kau duduk dgn kawan mu. aku masih tersenyum memandangmu. kau perasan dan kau tersenyum juga. kemudian aku mencapai airku dan menyedut nya. masih aku ingat semasa kau nak duduk, kau berhati2 dan perlahan sahaja meletakkan punggungmu di situ. bagi aku itu nice. aku nampak kau seperti penat atau stress. muka kau berkerut tiba2. sahaya itu kau juga sedang membetulkan tudungmu. kau melirikkan matamu keatas kemudian meniup-niup tudung mu di bahagian depan sambil jari mu menolong tudung itu untuk kelihatan kemas. comel ku lihat kau :) kau perasan aku melihatmu, kau malu dan mengambil beg lalu kau mendagu di beg itu. kau memandang kawan2 mu senyum dan matamu sepet sedikit. aku senyum sahaja. tiba2 sahaja ada orang menyapa ku dari belakang. *hoi po jom gerak kelas*. aku melihat jam dan hampir 155 petang. aku ada kelas dan aku harus pergi kelas. aku menarik beg dan mengikuti langkah kawan2 ku di hadapan. aku pula yg akan melalui tangga ini. aku memalingkan muka ku melihat mu. ternyata kau juga melihatku sambil tersenyum. aku juga senyum dan aku meneruskan perjalanan ku. aku hanya senyum dan aku hanya mampu senyum. kerana aku tak pernah kenal mu. tapi aku selalu perhatikan mu. setiap hari selasa aku akan duduk di cafe dan tunggu untuk melihat kau. aku masih tersenyum. tapi aku tak lupa setiap kali aku senyum pada mu kau juga senyum padaku. :) aku terus kan langkah ku ke kelas.....

No comments:

Post a Comment